Khamis, 10 Disember 2009

PID Tenom Entrepreneurship Fair 2009


Pada 16hb-22hb.11.2009,PID Tenom telah mengadakan aktiviti sempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut antaranya bengkel Blog, Web 2.0, Literasi Komputer Desa, Bengkel Youtube dan Pengenalan Portal PID dan Pengenalan asas Microsoft Office kepada guru-guru kemas . Aktiviti tersebut telah diadakan di PID dan MID Kuala Tomani.


Bengkel Blogl

Seramai 7 orang peserta mengikuti bengkel ini. Ianya bertujuan untuk mendedahkan fungsi blog khususnya dalam aktiviti harian, forum dan perniagaan. Aktiviti ini telah dijalankan di PID Tenom.






Bengkel Youtube

Menerangkan fungsi dan peranan youtube dalam bidang teknologi masa kini. Berikut merupakan antara pelajar yang menerima saguhati dari PID.




Bengkel Web 2.0 dan Pengenalan Portal PID

Memberi peluang kepada para remaja mengenali Web 2.0 dan berkenalan dengan Portal PID yang dikendalikan oleh PID Tenom. Bengkel ini menjadi meriah dengan telatah para peserta...jom kita saksikan....






Bengkel Asas Komputer (Guru KEMAS)

Program ini telah diadakan pada 18hb November 2009 dan telah disertai oleh guru-guru KEMAS Daerah Tenom. Seramai 40 orang guru KEMAS telah mengikuti program ini. Program ini telah dilaksanakan di Medan Info Desa (MID) Kuala Tomani. Objektif program ini adalah untuk membantu guru-guru Kemas menggunakan Microsoft Office dan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan.






Bengkel Asas Komputer (Pelajar)

Program ini dilaksasnakan pada 19hb November 2009 di Medan Info Desa Kuala Tomani. Dalam program ini, para pelajar berpeluang mempelajari tentang IT. Mereka telah mempelajari pengenalan komputer seperti Words, Excel, Power Point dan Portal PID.







Penutup

Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan menjadi landasan untuk mengenal peranan dan perkembangan IT di masa kini. Selanjutnya, menggunakan portal PID dalam mencapai sasaran objektif penubuhan KUS.

Ahad, 11 Oktober 2009

INFO BESTARI KG.CHINTA MATA TENOM

Jabatan Penerangan Daerah Tenom bersama dengan AJK Komuniti Bestari telah menganjur Info bestari di Kg. Chinta Mata pada 03.10.2009. Beberapa agensi yang terdapat di Daerah Tenom dijemput hadir untuk mengetengahkan perkhidmatan yang ditawarkan. Antara agensi yang turut hadir adalah PID Tenom, SPR, Tekun, YUM, Kemas, MARA, Jabatan Bomba, Jabatan Pertanian, Kesihatan dan beberapa badan NGO. Pelbagai aktiviti dan persembahan menarik di jalankan semasa acara berlansung.....Jom!!! kita tengok gambar² di bawah...







Ahad, 12 Julai 2009

Program Info Bestari 2009 Komuniti Bestari Pekan Tenom

Assalamualaikum dan selamat pagi.

Pada 08.07.2009 (Rabu), PID Tenom telah terlibat dalam program Info Bestari 2009 Komuniti Bestari Pekan Tenom yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tenom. Program ini telah dirasmikan oleh YB Raimi Unggi (Ahli Perlemin P.181 Tenom).

Dalam program ini, PID telah diberi satu booth untuk mengadakan promosi/roadshow untuk semua komuniti yang hadir dimana PID telah memperkenalkan portal PID, DST dan persembahan slide power point. Setelah itu, pengurus ditemuramah untuk menerangkan fungsi dan peranan kewujudan PID khususnya di Daerah Tenom.



Antara Ojektif program ini adalah untuk:
  1. Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara tulus dan mengurangkan karenah birokrasi.
  2. Memberikan perkhidmatan secara langsung ke peringkat kampung/mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
Antara matlamat program tersebut:
  1. Memantapkan sistem penyampaian pihak kerajaan hingga peringkat akar umbi.
  2. Merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat.
  3. Menanam kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
Lawatan YB ke booth PID Tenom






Antara pengunjung yang mengunjungi booth PID

Khamis, 9 Julai 2009

Latihan E-Services Fasa 3

Assalamualaikum dan selamat pagi..


Baru-baru ini Pid Tenom telah menjalankan latihan E-Services Fasa 3 selama 6 hari. Dalam latihan tersebut, komuniti dapat mempelajari bagaimana menggunakan portal PID dan menggunakan kemudahan yang ada di Portal PID seperti E-Kerajaan, E-Pembelajaran, E-Kedai dan lain² lagi.




Pengenalan Portal PID dan kandungannya






Mempelajari Kandungan Portal






Selingan






Penutupan Latihan E-Services Fasa 3