Pada 08.07.2009 (Rabu), PID Tenom telah terlibat dalam program Info Bestari 2009 Komuniti Bestari Pekan Tenom yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Tenom. Program ini telah dirasmikan oleh YB Raimi Unggi (Ahli Perlemin P.181 Tenom).
Dalam program ini, PID telah diberi satu booth untuk mengadakan promosi/roadshow untuk semua komuniti yang hadir dimana PID telah memperkenalkan portal PID, DST dan persembahan slide power point. Setelah itu, pengurus ditemuramah untuk menerangkan fungsi dan peranan kewujudan PID khususnya di Daerah Tenom.
Antara Ojektif program ini adalah untuk:
- Merealisasikan hasrat Kerajaan untuk menyampaikan maklumat secara tulus dan mengurangkan karenah birokrasi.
- Memberikan perkhidmatan secara langsung ke peringkat kampung/mukim agar masyarakat dapat menikmati khidmat yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
- Memantapkan sistem penyampaian pihak kerajaan hingga peringkat akar umbi.
- Merapatkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat.
- Menanam kepercayaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh agensi-agensi kerajaan.
Antara pengunjung yang mengunjungi booth PID
Tiada ulasan:
Catat Ulasan