Khamis, 10 Disember 2009

PID Tenom Entrepreneurship Fair 2009


Pada 16hb-22hb.11.2009,PID Tenom telah mengadakan aktiviti sempena Minggu Keusahawanan Sedunia 2009. Pelbagai aktiviti telah dijalankan pada hari tersebut antaranya bengkel Blog, Web 2.0, Literasi Komputer Desa, Bengkel Youtube dan Pengenalan Portal PID dan Pengenalan asas Microsoft Office kepada guru-guru kemas . Aktiviti tersebut telah diadakan di PID dan MID Kuala Tomani.


Bengkel Blogl

Seramai 7 orang peserta mengikuti bengkel ini. Ianya bertujuan untuk mendedahkan fungsi blog khususnya dalam aktiviti harian, forum dan perniagaan. Aktiviti ini telah dijalankan di PID Tenom.






Bengkel Youtube

Menerangkan fungsi dan peranan youtube dalam bidang teknologi masa kini. Berikut merupakan antara pelajar yang menerima saguhati dari PID.




Bengkel Web 2.0 dan Pengenalan Portal PID

Memberi peluang kepada para remaja mengenali Web 2.0 dan berkenalan dengan Portal PID yang dikendalikan oleh PID Tenom. Bengkel ini menjadi meriah dengan telatah para peserta...jom kita saksikan....






Bengkel Asas Komputer (Guru KEMAS)

Program ini telah diadakan pada 18hb November 2009 dan telah disertai oleh guru-guru KEMAS Daerah Tenom. Seramai 40 orang guru KEMAS telah mengikuti program ini. Program ini telah dilaksanakan di Medan Info Desa (MID) Kuala Tomani. Objektif program ini adalah untuk membantu guru-guru Kemas menggunakan Microsoft Office dan internet dalam mencari maklumat yang diperlukan.






Bengkel Asas Komputer (Pelajar)

Program ini dilaksasnakan pada 19hb November 2009 di Medan Info Desa Kuala Tomani. Dalam program ini, para pelajar berpeluang mempelajari tentang IT. Mereka telah mempelajari pengenalan komputer seperti Words, Excel, Power Point dan Portal PID.







Penutup

Semoga segala aktiviti yang telah dijalankan menjadi landasan untuk mengenal peranan dan perkembangan IT di masa kini. Selanjutnya, menggunakan portal PID dalam mencapai sasaran objektif penubuhan KUS.

Tiada ulasan: