Rabu, 28 Julai 2010

PERASMIAN KARNIVAL KEUSAHAWANAN SOSIAL (KKS) PID 2010

Pada tahun ini, sekali lagi Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah menganjurkan Karnival Keusahawanan (KKS) PID di seluruh negara. Pada tahun ini juga, PID Tenom amab bertuah kerana dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Perasmian KKS PID 2010 yang telah berlangsung pada 03 JULAI 2010. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri 1 KPKK iaitu Dato' Joseph Salang di Dewan Datuk Seri Panglima Antanom, Tenom.

Pelbagai pengisian acara semasa majlis perasmian berlangsung. Antara pengisian yang menarik adalah persembahan Tarian Tradisional Etnik Murut, persembahan nyanyian dari artis tempatan Abu Bakar Ellah (Ampal), pameran dari agensi kerajaan, NGO dan para usahawan tempatan, Video Confrence antara Dato' Joseph dengan PID Song, penyerahan netbook, Gimik Pelancaran dan pelbagai lagi acara diantara komuniti dan pihak yang terlibat.

Kira-kira 1000 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli Parlimen, Dewan Undangan Negeri (ADUN), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kerajaan, agensi kerajaan, pemimpin masyarakat dan masyarakat setempat.

Sesungguhnya melalui program ini, perkhidmatan dan peranan PID dapat diketengahkan dan terus dikenali oleh komuniti dalam menyahut objektif penubuhan PID ke arah "Merapatkan Jurang Digital" diantara penduduk bandar dengan luar bandar.